Saujana - Nur Malam Mediafire Link



Artist:
Saujana

Title:
Nur Malam

Lyric:
Renungi alam ini
Rasa kesangsian
Kukini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu
Pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap Tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai Tuhanku
Allah Yang Satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat

Rahmat-Mu kuharapkan
Ya Allah
Rahmat dari-Mu

Download Link:
http://www.mediafire.com/?2ebydoxqzcz

//Original entry from Nasyid For Us

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Lorem Ipsum

  © Nasyid For Us 2009-2011 Hidup Berbakti.

Back to TOP